Keputusan Perhimpunan Agung UMNO ke-59 sudah diumumkan. Banyak keputusan yang mengejutkan pada perhimpunan UMNO kali ini termasuk 2 menteri kabinet dan 4 menteri besar tewas dalam perebutan tempat Majlis Tertinggi. Mereka adalah Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Shahrir Abdul Samad yang telah mengumumkan perletakan jawatan dalam menteri kabinet dan akan menyerahkan surat perletakan jawatan pada hari rabu ini. Turut tewas dalam perebutan MT adalah Bekas Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmd.
Seperti diduga, Tan Sri Muhyiddin Yassin memenagi kerusi Timbalan Presiden UMNO yang mengalahkan pencabarnya, Tan Sri Muhammad Mohd. Taib dengan undian yang agak besar. Ahli Parlimen Muar ini juga akan menjadi orang no.2 negara selepas Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan menerajui negara bermula April ini. Dalam masa yang sama, Datuk Seri Shafie Apdal juga memenangi kerusi Naib Presiden UMNO selepas 2 kerusi dimenangi oleh calon yang telah diramal memenangi kerusi tersebut (Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammudin). Beliau berjaya menewaskan 2 calon "orang lama" iaitu Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Seri Syed Hamid Albar.
Calon-calon telah pun dipilih. Diharapkan ahli-ahli yang terpilih melaksanakan tugas dengan ikhlas dan jujur di bawah kepimpinan Presiden yang baru ini. Bak kata pepatah, "Buang yang keruh, ambil yang jernih!".
No comments:
Post a Comment