Sunday, August 9, 2009

Influenza A (H1N1)

Penyakit Influenza A (H1N1) semaking menjadi-jadi pada masa sekarang. Kita boleh melihat di mana sahaja kita berada, tentu ada pihak yang menyentuh isu H1N1 yang telah menjadi buah mulut penduduk Malaysia. Kini, penyakit H1N1 di Malaysia telah sampai ke tahap yang membimbangkan dan telah meragut berpuluh-puluh nyawa.

Sejak akhir-akhir ini, di mana sahaja kita berada, ke mana sahaja kita pergi, kita akan melihat orang ramai mula memakai topeng mulut (mask)terutama di tempat-tempat orang ramai untuk menghindari daripada penyakit H1N1.. Memakai topeng mulut bukan lagi sesuatu yang pelik dan memalukan buat si pemakai, tetapi ia adalah untuk mengelakkan diri daripada jangkitan penyakit itu. Bak kata pepatah "Berjaga-jaga sebelum kena!"

Operasi di sekolah, kolej dan universiti juga terjejas akibat daripada H1N1. Kita dapat mendengar banyak sekolah di seluruh negara telah berhenti beroperasi selama seminggu kerana ada pelajar yang disyaki menghidap penyakit H1N1. Kolej dan Universiti juga mengalami situasi yang sama di mana pelajar UKM, UM, UPM (IPTA) juga disyaki positif H1N1.

Berikut adalah simptom dan tanda-tanda penyakit H1N1 terhadap manusia:
(a) Demam
(b) Batuk
(c) Sakit Tekak
(d) Selesema
(e) Sakit Kepala
(f) Cirit Birit dan Muntah
(g) Sakit Badan
(h) Berasa sejuk dan lesu

Jika anda ada simptom-simptom berikut, silalah berjumpa doktor dengan segera untuk mendapat rawatan selanjutnya. Anda mugkin penghidap penyakit Influenza A (H1N1)...

Nasihat kepada semua untuk menghindari penyakit H1N1...
(a) Mengelakkan daripada mengunjungi tempat-tempat orang ramai
(b) Membasuh tangan pada tahap yang paling sihat
(c) Dapatkan tidur yang secukupnya
(d) Makan makanan yang berkhasiat dan minum banyak air

No comments: