Tuesday, October 20, 2009

Hari Malaysia (16 September)



Bermula pada tahun 2010, koleksi cuti umum bertambah lagi untuk negara dan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum. Kali ini, 16 September pula yang dipilih oleh Perdana Menteri untuk dijadikan hari umum sempena penubuhan Persekutuan Malaysia dengan penyertaan Sabah dan Sarawak (16 September 1963).

Oleh itu, rakyat Malaysia akan menyambut 2 kali Hari Kebangsaan (31 Ogos - Hari Merdeka dan 16 Sept - Hari Malaysia). Hari Merdeka mengingatkan rakyat tentang perjuangan untuk kita mencapai kemerdekaan daripada penjajahan asing manakala Hari Malaysia adalah bersifatkan konsep 1Malaysia (diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak), di mana untuk mengeratkan perpaduan dan persefahaman antara kaum.

Persoalannya:
1. Adakah semua rakyat Malaysia betul-betul mengingati tentang sejarah Malaysia?

2. Adakah semua lapisan masyarakat di Malaysia menyambut Hari Merdeka yang disambut di negara ini?

3. Ataupun hari-hari bersejarah negara sebegini seolah-olah dijadikan sebagai cuti umum untuk berehat di rumah, menemani keluarga , saudara-mara dan sahabat-handai?

No comments: