1st of all, this blog I will type in "Bahasa Kebangsaan" because it's related with nation and politics. I will begins typing in Malay words in the next paragraph.
Hari ini adalah hari yang amat penting bagi semua penduduk Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas. Semua penduduk yang berhak mengundi pada tahun ini mestilah menunaikan tanggungjawab masing-masing untuk keluar mengundi. Pada hari ini jugalah, rakyat yang menentukan siapa calon yang paling sesuai untuk menjadi wakil rakyat untuk mereka.
Untuk menjadi seorang wakil rakyat yang disanjungi lagi disayangi, seseorang itu mestilah mempunyai sifat-sifat mulia seperti mengambil berat tentang kebajikan rakyat dan sedia mendengar masalah rakyat. Dengan sifat itulah, wakil rakyat tersebut akan menjadi buah mulut penduduk-penduduk di kawasan tersebut.
Pengundi mempunyai 5 parti (parti lain tidak disebut adalah parti yang agak lemah dalam bidang politik) untuk dipilih menjadi wakil rakyat mereka. 1 daripadanya merupakan parti kerajaan dan 4 lagi parti pembangkang. Barisan Nasional (BN) merupakan Parti Kerajaan yang berjaya memerintah negara sejak negara mencapai kemerdekaan sehingga kini. Ketua Parti Barisan Nasional ialah YAB Datuk Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi yang juga merupakan Presiden UMNO dan Ahli Parlimen Kepala Batas. Barisan Nasional merupakan Parti yang terdiri daripada banyak komponen Parti kecil bergabung di bawah nama Barisan Nasional. Antara parti-parti yang bergabung di bawah Barisan Nasional adalah UMNO, MCA, MIC, GERAKAN dan lain lain. Selain itu, 4 Parti Pembangkang ialah Parti DAP, PAS, KEADILAN dan BEBAS. Parti DAP diketuai oleh Ahli Parlimen Ipoh Timur, Datuk Seri Lim Kit Siang. Beliau juga merupakan Ketua Pembangkang ketika sesi pembahasan di Parlimen. PAS pula diketuai oleh Presidennya, Datuk Abdul Hadi Awang, yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada Pilihan Raya ke-10 di mana PAS berjaya menawan negeri Terengganu Darul Iman selain daripada Kelantan. Parti Keadilan dikemudi oleh Isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Sepanjang tempoh berkempen pada 2 minggu lepas, kita dapat lihat banyak bendera Parti masing-masing berkibaran di tepi-tepi jalan, dihiasi pula dengan poster-poster wakil rakyat dan banyak lagi. Banyak juga masalah dan isu yang timbul dalam tempoh tersebut, antara yang seriusnya adalah seramai 300 penyokong PAS mengadakan sekatan jalan raya di Kampung Kuala Ibai, Kuala Terengganu malam kelmarin, konon-kononnya ingin menyemak penumpang bas sama ada pengundi hantu atau tidak. Bas rosak dan cermin pecah akibat dibaling objek keras ke arah bas tersebut. Tidak kurang juga cemuhan daripada pemimpin parti (BN) dan pembangkang yang menceritakan tentang sikap buruk sesetengah wakil rakyat dalam kedua-dua Parti tersebut.
Diharap semua rakyat yang berhak mengundi untuk Pilihan Raya pada kali ini mengundi calon yang sesuai dan berkaliber untuk masa depan rakyat sendiri. Keputusan Pilihan Raya akan diumumkan pada pukul 9 malam ini. Saya ada menaipkan keputusan penuh Pilihan Raya Umum ke-12 pada hari esok
No comments:
Post a Comment