Monday, March 10, 2008

Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12

Setelah selesai mengundi 2 hari lepas, saya percaya seluruh rakyat Malaysia juga terkejut dengan berita gempar kekalahan besar Parti Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum pada kali ini. Tema Parti Kerajaan pada Pilihan Raya Kali ini adalah "Tahun Merawat Kelantan." Tetapi apa yang berlaku adalah sebalik dari dugaan mereka, iaitu mereka kehilangan 5 negeri kepada tangan pembangkang. Berita yang paling mengejutkan pada pilihan raya kali ini adalah negeri Selangor dan Perak yang tidak pernah dimenangi parti pembangkang sejak Barisan Nasional ditubuhkan akhirkan tumpas di tangan pihak pembangkang pada Pilihan Raya Umum kali ini. Apa yang berlaku sebenarnya? Adakah Kerajaan Barisan Nasional tidak megambil berat tentang kebajikan rakyat? Walau apapun, itu adalah keputusan rakyat negeri itu sendiri. Merekalah yang menentu dan memilih kerajaan negeri masing-masing.

Antara menteri-menteri yang kalah pada pilihan raya kali ini:
(i) Datuk Seri Samy Vellu- Sungai Siput
(ii) Datuk Dr. Koh Tsu Koon- Batu Kawan
(iii) Datuk Seri Shahrizat- Lembah Pantai
(iv) Datuk Seri Awang Adek- Bachok
(v) Datuk Seri Zainudin Maidin- Sungai Petani
(vi) Datuk Seri Aziz Shamsudin- Shah Alam
(vii) Datuk Seri Chia Kwang Chye- Bukit Bendera

Berikut adalah keputusan pada Pilihan Raya Umum ke-12:
(a) Perlis- BN
(b) Kedah- PAS
(c) Pulau Pinang- DAP
(d) Perak- PAS
(e) Kelantan- PAS
(f) Terengganu- BN
(g) Pahang- BN
(h) Johor- BN
(i) Negeri Sembilan- BN
(j) Selangor- PKR
(k) Melaka- BN
(l) Sabah- BN
(m) Sarawak-BN

No comments: