Friday, January 16, 2009

Berkempen untuk Pilihan Raya P.36


Artikel ini lebih susuai untuk saya ceritakan menggunakan bahasa kebangsaan kita. Saya juga akan berasa lebih bersemangat ketika bercerita tentang hal-hal politik menggunakan bahasa kebangsaan kita ini.

Saya pulang ke Kuala Terengganu pada 13 Januari lepas, dan pada masa itu juga parti-parti politik yang mengambil bahagian dalam pencalonan sedang hangat mengadakan kempen untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu ini, selepas kematian penyandang kerusi P.36, Allahyarham Datuk Seri Razali Ismail. Pada pilihan raya kecil kali ini, sebanyak 3 calon yang mengambil bahagian, iaitu Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN), Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) dan Azharudin Mamat (BEBAS).

Sepanjang pemerhatian saya selama 2 hari saya berada di Kuala Terengganu, hanya BN dan PAS yang hangat mengadakan kempen untuk Pilihan Raya Kecil ini. BN banyak mengadakan kempen dan jamuan makan serta ucapan daripada Yang Berhormat dari parti BN. Antara YAB yang hadir untuk berkempen ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, Datuk Seri Ong Tee Keat, Datuk Seri Wee Ka Siong dan ramai lagi. Mereka memberi ucapan kepada pengundi-pengundi P.36 dengan sebab-sebab dan kebaikan mengundi BN.

Parti PAS juga tidak kurang hangat berkempen. PAS diberi sokongan padu oleh 2 lagi parti dari Pakatan Rakyat, iaitu PKR dan DAP. Ahli PKR dan DAP juga kelihatan di Kuala Terengganu untuk membantu parti PAS berkempen. Antara yang hadir dari Pakatan Rakyat seperti Datuk Sei Lim Kit Siang, Datuk Seri Lim Guan Eng, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan ramai lagi. Pihak-pihak dari Pakatan Rakyat juga mempunyai sebab-sebab mereka untuk menyakinkan pengundi memangkah calon PAS.

Beberapa isu-isu yang diungkitkan oleh wakil-wakil daripada kedua-dua parti berkenaan semasa mengadakan kempen dari rumah ke rumah. Isu-isu tersebut tidak akan saya dedahkan di sini kerana ini mengungkitkan kemarahan pihak-pihak tertentu. Anda fikirlah sendiri apa kelemahan masing-masing pada parti BN dan PAS. Apa yang telah dijanji kepada rakyat tetapi tidak ditunaikan sehingga ke hari ini.

Saya meramalkan pilihan raya pada kali ini dijangka sengit memandangkan PAS memenangi 3 kerusi DUN (Wakaf Mempelam, Ladang dan Batu Burok) manakala BN hanya 1 kerusi DUN (Bandar). Tetapi, ini bukan bermakna PAS mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memenangi kerusi Parlimen yang hangat ini. Apa yang penting, pengundi-pengundi harus memikir masa depan mereka sebelum keluar mengundi. Pilihlah calon yang sentiasa mendengar masalah rakyat dan menolong rakyat ketika bantuan diperlukan.

SELAMAT MENGUNDI WAHAI PENGUNDI-PENGUNDI DI PARLIMEN KUALA TERENGGANU!

2 comments:

fendy_ahmad said...

Salam,

Wahh, Bahasa Kebanggsaan Wei Loon cukup bagus sebenarnya. Tahniah !

Mr Fendy adalah penyokong BN 100% ;)

wei^loon said...

Hi Mr Fendy,

Terima Kasih atas pujian itu. Sebernarnya, bahasa kebangsaan Wei Loon hanyalah berada di tahap biasa dan masih perlu dpertingkatkan lagi. Mungkin dari kecil hingga ke besar bergaul banyak dengan kawan-kawan Melayu dan Wei Loon anak kelahiran negeri TERENGGANU DARUL IMAN.. Lain dari yang lain! Haha!

Wei Loon memang faham Mr Fendy merupakan penyokong setia BN! Kita mengharapkannya mengekalkan kerusi tersebut ya!