Sunday, January 18, 2009

Pas Tawan P.36


Pilihan raya kecil di Parlimen Kuala Terengganu berakhir semalam dan calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut (32,883 undi) memenangi kerusi tersebut, mengalahkan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh (30,252 undi) dan calon BEBAS, Azharudin Mamat (193 undi). PAS memenangi kerusi dengan majoriti 2,631 undi. Keputusan diundi pada pukul 9.30pm oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan.

Keputusan ini menunjukkan BN telah kehilangan satu kerusi Parlimen yang sebelum ini dikuasai mereka, tetapi kini dirampas PAS. Seramai 79.9% pengundi sahaja yang keluar mengundi dan jika semua pengundi keluar mengundi, keputusan pilihan raya mungkin bertukar tangan. Walau apapun, calon PAS dan BN menerima keputusan dan pilihan rakyat untuk kerusi tersebut.

Kepada BN, kaji betul-betul faktor yang menyebabkan kekalahan pada pilihan raya kali ini, cuba menangani masalah-masalah yang menyebabkan kekalahan dan cuba lagi pada pilihan raya akan datang. Kepada PAS, rakyat menaruh kepercayaan terhadap PAS, buatlah kerja baik-baik dan tunjukkanlah perubahan kepada rakyat dan negeri TERENGGANU DARUL IMAN!

No comments: